Powered by Blogger.
RSS
Container Icon

Aku Sayang Kau dan Dia

Aku sayang kamu berdua
Jangan ditanya siapa yang lebih kerana tiada yang kurang
Walau kau hadir sebelum dia
Sungguh aku aku sayang keduanya

Ya ALLAH, terima kasih kerana menghadirkan mereka
Semoga aku tidak alpa dengan kurniaanMu



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku Sangkakan Diriku Kuat

Oh, kusangkakan diriku ultrawomen, rupanya aku hanyalah manusia yang terlalu cepat terluka. Dimulutku kata "tidak kisah". Tapi di hati hanya ALLAH yang tahu apa kurasa. Bersabarlah duhai hati....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku Bukan Mereka

17 Mei 2013, penghulu segala hari. Kau tinggalkan segalanya di dunia untuk bertemu dengan Maha Pencipta. Aku antara yang terawal berada di sana menunggu jasadmu tiba untuk diuruskan. Tapi, maafkan aku kerana aku tidak mampu untuk membacakanmu ayat suci yg lain (hanya Al-Fatihah dapat ku sedekahkan) lantaran kejahilanku. Aku juga tidak mampu seperti cucu-cucumu yang lain, sangat menunjukkan kesedihan dengan pemergianmu. Mungkin kerana aku adalah cucu yang susah untuk mendekatimu kerana sikapku sendiri. Hanya kenangan waktu aku mengurut kakimu lebih 10 tahun yang lepas yang masih kuingati. Lucunya, kita bersembang dan bergurau tapi setelah aku beredar, kau bertanya mereka di sekelilingmu siapa yang baru mengurut kakimu tadi? Ya, aku cucumu yang berwajah lain jika dibandingkan dengan mereka yang selalu berada di sampingmu. Namun satu yang pasti, aku juga menyayangimu. Moga engkau damai di sana, amin....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perasaan Itu Membunuhku

Terlalu banyak berfikir membuatkan aku berasa bercelaru sehingga berasa ingin membunuh diri (Nauzubillah, KAU jauhkanlah aku dari melakukannya). Aku ingin masa di undurkan 24 tahun. Kenapa 24? Kerana aku ingin berada di tempat ku membesar (seketika). Disaat orang di kampung halamanku simpati dengan nasibku ketika itu, aku gembira menjalani hidupku di daerah terpencil dengan kesejukan menggigit hingga tulang hitam. Oh, aku betul2 mendambakan saat itu. Alangkah indahnya, alangkah.......


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hargailah

Tidak bolehkah kau cuba menyelami apa yang aku mahukan? bukan aku mahu kau tunaikan, cuma aku ingin kau cuba fikirkan rasionalnya sahaja. Ego tidak bertempatmu akan menyebabkan kita menyesal suatu hari nanti (semoga hari itu tidak akan menjelma sehingga jasadku dimamah bumi)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Prihatin @ Minta Perhatian

Sekarang demam pilihanraya, perang poster & bendera. Bosan mendengar si YB A tuduh si YB Z dan sebaliknya. Cepatlah masa berlalu, semaknya tepi jalan itu. Sudah 3 hari air tidak ada di tempatku. Kesian budak2 asrama yang tinggal jauh. Di sekolah tadi, masuk mengajar sambil tahan mahu terkencing (sampai keras perutku). Kalau la aku ada kuasa, inginku lastik telinga si YB A dan YB Z "balik2 keluar TV cakap PRIHATIN masalah rakyat, tapi masalah air x selesai". Tapi takut nanti tindakanku jadi perhatian

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ya ALLAH



Masalah datang dan pergi. Aku berusaha untuk jadi kuat, namun ada masanya aku jadi terlalu lemah. Terlalu banyak hati untuk dijaga. Ya ALLAH, kuatkanlah semangatku. Hanya Engkaulah tempatku mengadu. Semoga keluargaku sentiasa di bawah lindungan dan rahmatmu. Amin...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengalaman Guna Produk Dherbs

Rasa best ada blog yang tidak ilmiah ni. Sebabnya aku boleh buat apa sahaja entri yang aku suka tanpa risau membayangkan pelajar akan berkerut kening baca entri aku. Ok, entri kedua hari ni (amboi,laju buat entri,lepas ni mesti blog ni bersawang kerana terbiar) ialah berkaitan dengan produk kecantikan. Semasa mengandung tahun 2008-2009 (eh, lamanya mengandung) maka kulit putih gebu aku  telah mula naik JERAGAT. Kalau jerawat,aku x kisah la sangat yang ini JERAGAT ok! Maka mula la aku ngeri tengok muka aku. Sehingga sekarang muka aku masih lagi berjeragat.adoiiiii.....

Pelbagai produk aku gunakan, tidak kira murah atau mahal. Terkini, aku gunakan produk DIAMOND FOUNDATION D’HERBS

Dan gincu collogen ini (mau bibir macam anjelia joli)
hasilnya?
MENGECEWAKAN
* foundation menyebabkan kulitku gelap (sedangkan sudah pilih warna natural)
*gincu bertompok2 kalau sudah lama disapu

sekian terima kasih :(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Untuk Apa?

Ini blog kedua aku setelah blog pertama (yang separuh ilmiah) aku wujudkan khas untuk pelajar. Blog kedua ini aku buat seperti diari online dan hanya berkisar kepada cerita hidup berdasarkan pandangan kaca mata rabun aku. Oleh itu, sebarang coretan di dalam blog ini tidak semestinya sama dengan idealogi / pandangan semua orang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS