Aku sayang kamu berdua
Jangan ditanya siapa yang lebih kerana tiada yang kurang
Walau kau hadir sebelum dia
Sungguh aku aku sayang keduanya
Ya ALLAH, terima kasih kerana menghadirkan mereka
Semoga aku tidak alpa dengan kurniaanMu
Aku Sayang Kau dan Dia
Aku Sangkakan Diriku Kuat
Oh, kusangkakan diriku ultrawomen, rupanya aku hanyalah manusia yang terlalu cepat terluka. Dimulutku kata "tidak kisah". Tapi di hati hanya ALLAH yang tahu apa kurasa. Bersabarlah duhai hati....
Aku Bukan Mereka
Perasaan Itu Membunuhku
Terlalu banyak berfikir membuatkan aku berasa bercelaru sehingga berasa ingin membunuh diri (Nauzubillah, KAU jauhkanlah aku dari melakukannya). Aku ingin masa di undurkan 24 tahun. Kenapa 24? Kerana aku ingin berada di tempat ku membesar (seketika). Disaat orang di kampung halamanku simpati dengan nasibku ketika itu, aku gembira menjalani hidupku di daerah terpencil dengan kesejukan menggigit hingga tulang hitam. Oh, aku betul2 mendambakan saat itu. Alangkah indahnya, alangkah.......
Hargailah
Tidak bolehkah kau cuba menyelami apa yang aku mahukan? bukan aku mahu kau tunaikan, cuma aku ingin kau cuba fikirkan rasionalnya sahaja. Ego tidak bertempatmu akan menyebabkan kita menyesal suatu hari nanti (semoga hari itu tidak akan menjelma sehingga jasadku dimamah bumi)
Prihatin @ Minta Perhatian
Sekarang demam pilihanraya, perang poster & bendera. Bosan mendengar si YB A tuduh si YB Z dan sebaliknya. Cepatlah masa berlalu, semaknya tepi jalan itu. Sudah 3 hari air tidak ada di tempatku. Kesian budak2 asrama yang tinggal jauh. Di sekolah tadi, masuk mengajar sambil tahan mahu terkencing (sampai keras perutku). Kalau la aku ada kuasa, inginku lastik telinga si YB A dan YB Z "balik2 keluar TV cakap PRIHATIN masalah rakyat, tapi masalah air x selesai". Tapi takut nanti tindakanku jadi perhatian
Ya ALLAH
Masalah datang dan pergi. Aku berusaha untuk jadi kuat, namun ada masanya aku jadi terlalu lemah. Terlalu banyak hati untuk dijaga. Ya ALLAH, kuatkanlah semangatku. Hanya Engkaulah tempatku mengadu. Semoga keluargaku sentiasa di bawah lindungan dan rahmatmu. Amin...
Pengalaman Guna Produk Dherbs
Rasa best ada blog yang tidak ilmiah ni. Sebabnya aku boleh buat apa sahaja entri yang aku suka tanpa risau membayangkan pelajar akan berkerut kening baca entri aku. Ok, entri kedua hari ni (amboi,laju buat entri,lepas ni mesti blog ni bersawang kerana terbiar) ialah berkaitan dengan produk kecantikan. Semasa mengandung tahun 2008-2009 (eh, lamanya mengandung) maka kulit putih gebu aku telah mula naik JERAGAT. Kalau jerawat,aku x kisah la sangat yang ini JERAGAT ok! Maka mula la aku ngeri tengok muka aku. Sehingga sekarang muka aku masih lagi berjeragat.adoiiiii.....
Pelbagai produk aku gunakan, tidak kira murah atau mahal. Terkini, aku gunakan produk DIAMOND FOUNDATION D’HERBS
hasilnya?
MENGECEWAKAN
* foundation menyebabkan kulitku gelap (sedangkan sudah pilih warna natural)
*gincu bertompok2 kalau sudah lama disapu
sekian terima kasih :(
Untuk Apa?
Ini blog kedua aku setelah blog pertama (yang separuh ilmiah) aku wujudkan khas untuk pelajar. Blog kedua ini aku buat seperti diari online dan hanya berkisar kepada cerita hidup berdasarkan pandangan kaca mata rabun aku. Oleh itu, sebarang coretan di dalam blog ini tidak semestinya sama dengan idealogi / pandangan semua orang