Powered by Blogger.
RSS
Container Icon

Aku Bukan Mereka

17 Mei 2013, penghulu segala hari. Kau tinggalkan segalanya di dunia untuk bertemu dengan Maha Pencipta. Aku antara yang terawal berada di sana menunggu jasadmu tiba untuk diuruskan. Tapi, maafkan aku kerana aku tidak mampu untuk membacakanmu ayat suci yg lain (hanya Al-Fatihah dapat ku sedekahkan) lantaran kejahilanku. Aku juga tidak mampu seperti cucu-cucumu yang lain, sangat menunjukkan kesedihan dengan pemergianmu. Mungkin kerana aku adalah cucu yang susah untuk mendekatimu kerana sikapku sendiri. Hanya kenangan waktu aku mengurut kakimu lebih 10 tahun yang lepas yang masih kuingati. Lucunya, kita bersembang dan bergurau tapi setelah aku beredar, kau bertanya mereka di sekelilingmu siapa yang baru mengurut kakimu tadi? Ya, aku cucumu yang berwajah lain jika dibandingkan dengan mereka yang selalu berada di sampingmu. Namun satu yang pasti, aku juga menyayangimu. Moga engkau damai di sana, amin....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perasaan Itu Membunuhku

Terlalu banyak berfikir membuatkan aku berasa bercelaru sehingga berasa ingin membunuh diri (Nauzubillah, KAU jauhkanlah aku dari melakukannya). Aku ingin masa di undurkan 24 tahun. Kenapa 24? Kerana aku ingin berada di tempat ku membesar (seketika). Disaat orang di kampung halamanku simpati dengan nasibku ketika itu, aku gembira menjalani hidupku di daerah terpencil dengan kesejukan menggigit hingga tulang hitam. Oh, aku betul2 mendambakan saat itu. Alangkah indahnya, alangkah.......


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS