Ya ALLAH
Masalah datang dan pergi. Aku berusaha untuk jadi kuat, namun ada masanya aku jadi terlalu lemah. Terlalu banyak hati untuk dijaga. Ya ALLAH, kuatkanlah semangatku. Hanya Engkaulah tempatku mengadu. Semoga keluargaku sentiasa di bawah lindungan dan rahmatmu. Amin...
Pengalaman Guna Produk Dherbs
Rasa best ada blog yang tidak ilmiah ni. Sebabnya aku boleh buat apa sahaja entri yang aku suka tanpa risau membayangkan pelajar akan berkerut kening baca entri aku. Ok, entri kedua hari ni (amboi,laju buat entri,lepas ni mesti blog ni bersawang kerana terbiar) ialah berkaitan dengan produk kecantikan. Semasa mengandung tahun 2008-2009 (eh, lamanya mengandung) maka kulit putih gebu aku telah mula naik JERAGAT. Kalau jerawat,aku x kisah la sangat yang ini JERAGAT ok! Maka mula la aku ngeri tengok muka aku. Sehingga sekarang muka aku masih lagi berjeragat.adoiiiii.....
Pelbagai produk aku gunakan, tidak kira murah atau mahal. Terkini, aku gunakan produk DIAMOND FOUNDATION D’HERBS
hasilnya?
MENGECEWAKAN
* foundation menyebabkan kulitku gelap (sedangkan sudah pilih warna natural)
*gincu bertompok2 kalau sudah lama disapu
sekian terima kasih :(
Untuk Apa?
Ini blog kedua aku setelah blog pertama (yang separuh ilmiah) aku wujudkan khas untuk pelajar. Blog kedua ini aku buat seperti diari online dan hanya berkisar kepada cerita hidup berdasarkan pandangan kaca mata rabun aku. Oleh itu, sebarang coretan di dalam blog ini tidak semestinya sama dengan idealogi / pandangan semua orang